Skip to main content

Playboy Sweet Talker (intro)

"Weh, cepatlah. Lepas ni Cikgu Maryam. Dia tu dah lah singa. Kalau lambat, mesti kena ugut masuk e-disiplin la tu la ini la."
Qaysara menyuruh kawannya Wani, Izyani dan Nayli agar cepat naik ke kelas mereka dengan kadar segera kerana waktu rehat sudahpun berakhir 10 minit yang lalu. Masa mereka ingin berjalan menuju ke arah tangga, ada sekumpulan senior lelaki menghalang jalan mereka ketika ingin naik ke tangga. Mereka dah lah lambat nak masuk kelas. Boleh pulak 'abang-abang' ni jadi 'pak gad' kat sini.

"Hey, minah kambeng. Nak pergi mana ni ha ? Kau kan kena masuk kandang sekarang lama betul kau rehat, Oh, lupa pulak. Kau pergi makan rumput kan ? Hahahaha !. "
Jerkah seorang daripada kumpulan senior lelaki itu bersuara. Syed Ameer namanya. Jejaka 'hot' disekolah  dan tahun ini adalah tahun akhirnya disekolah itu. Tapi, Syed Ameer paling suka mengusik Qaysara yang tinggi lampai dan sangat manis itu walaupun dia masih berada di tingkatan 1. Mereka bertentang mata. Tiba-tiba hati Syed Ameer rasa macam ada bunga-bunga pulak.

"Diamlah kau ! Tepi, aku nak naik kelas. Kau fikir lawak lah dok halang jalan orang ni ? Dasar spisis terancam !"
Muka Qaysara berona merah dek kerana menahan marah. Lalu, Qaysara menolak bahu Syed Ameer, tapi Syed Ameer tidak beralih. Kawan-kawan Syed Ameer dan Qaysara melihat pergaduhan mereka dengan khusyuk. Nayli berdiri di sebelah Qaysara lalu mengusap belakang Qaysara agar bersabar. Terubat sikit rasa marah Qaysara.

"Eh, minah kambeng. Kau cakap aku apa ? Spisis terancam ? Amboi, yang terancam tu kau, bukan aku. Ni lah kambeng tak sedar diri. Sel-sel otak tak berhubung gamaknya. Blah ar !"
Syed Ameer seolah-olah menghina Qaysara di depan kawan-kawan mereka. Syed Ameer seolah-olah sengaja hendak menghina dan memalukan Qaysara di hadapan kawan-kawan yang ada. Memandangkan tiada pelajar lain yang lalu-lalang di situ, dia ambil peluang untuk kutuk Qaysara sepuas-puasnya. "Comel!" Detik hati Syed Ameer ketika melihat muka Qaysara yang sedang menahan mara itu.

"Kepala lutut kau ! Sesuka hati jiwa raga kau je cakap aku sel-sel otak tak berhubung ! Habis tu, kalau aku sel-sel otak tak berhubung, kau dah sah-sah otak letak kat ketiak. Sebab sempit, samalah macam kau, otak sempit. Wekk !"
Qaysara mengejeknya semula. Suka sangat buat orang sakit hati. Namun, kata-kata pedas Qaysara itu sangat mengancam Syed Ameer.

"Peh ! Kau ni memang jenis mintak makan sirap taik eh ? Eiii ! Dah lah. Bye minah kambeng. "
Syed Ameer membuat 'flying kiss' sebelum dia dan kawannya pergi meninggalkan Qaysara dan gengnya.

"Weh, Sara. Kau ngan Ameer tu macam sepadan lah. Bagai pinang terbelah dua seh.  Dia suka kau ek ? "
Nayli yang duduk disebelah Qaysara menanyakan soalan ala-ala cepu emas perak gangsa.


"Eh kauu. Takde maknanya dia nak suka aku. Dia tu kan ramai peminat. Memang tak la. "
Qaysara melayankan aje soalan Nayli tu. Sekarang waktu Cikgu Maryam, tapi Cikgu Maryam tidak hadir. Jadi, mereka boleh buat kerja sendiri.

"Ecehh. Maksudnya, kau ada hati lah kat dia ek ?"
Wani yang duduk dibelakang pula menyampuk tiba-tiba.

"Mana ada. Ish korang ni. Suka sangat nak kenenkan aku ngan mamat spisis terancam tu. "
Qaysara membalas pertanyaan mereka lalu dia menyuruh rakan baiknya itu agar senyap. Dia tak sanggup nak jawab soalan yang agak menguji tempo hatinya itu.

***

"Ehh, kau nak apa lagi hah ?!"


Bersambung

Comments

  1. hihihi...otak duk kat ketiak...kui3... anyway naratif kena improve lagi ain...dialoq memang bapak power rengger topeng merah...

    naratif kena tumpu bnyak...sbb naratif membuktikan penulis itu berimagenasi tinggi atau x...ada sikit salah kat atas...nt kak habaq kat watsap kkkk...apa pun citer ni bestttttt.....sangat3

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehhe..tengkayuuu..baru perasan ada komen xD

      Delete

Post a Comment